BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday 18 April 2012

Apa itu e-dagang (perdagangan Elektronik)



e-dagang
dapat di definasikan dari beberapa aspek:

1. Dari perspektif komunikasi : merupakan penghantaran maklumat produk,
perkhidmatan taua bayaran melalui talian telefon ,rangkaian
komputer atau sebarang kaedah lain.

2. Dari perspektif proses perniagaan : merupakan aplikasi teknologi ke arah pengautomasian
transaksi dan aliran kerja perniagaan.

3. Dari perspektif perkhidmatan : merupakan peralatan yang di gunakan bagi memenuhi
hasrat firma, pengguna dan pengurusan untuk
mengurangkan kos perkhidmtan dan pada masa yang sama
meningkatkan kualiti barangan serta kepantasan
penghantaran perkhidmatan.

4. Dari perspektif operasi dalam talian : menyediakan situasi pembelian dan penjualan produk
atau maklumat melalui internet dan perkhidmatan
online yang lain.



Kelebihan e-dagang:

1)Menggantikan konsep manual

Ya, konsep yang dahulunya memerlukan pelanggan datang ke kedai dan mengisi borang untuk membeli barang, boleh di minimumkan dengan hanya sekali ‘clik’ di internet tanpa membuang masa dan tenaga.

2)Pemasaran yang luas

Pengguna internet yang semakin hari semakin ramai, berupaya untuk mencapai jumlah pengguna melebihi 60 juta dalam masa yang singkat. Hanya dengan menggunakan komputer dan internet akses sahaja peniaga dapat menjelajah di dunia perniagaan tanpa sempadan.

3)Mengikut peredaran teknologi semasa

Kebanyakan pengguna kini menginginkan sesuatu yang cepat walaupun barangan tersebut sukar dicari. Salah satu cara mereka ialah dengan mencari barangan di internet dan melakukan pembayaran terus secara online.

4)Membantu pengguna mendapatkan barangan yang sukar dicari

Kemungkinan sesuatu barang seperti ubat-ubatan atau barangan antik dari luar negara sukar diperoleh didalam negeri. Tetapi, sekiranya menggunakan khidmat e-dagang segala-galanya boleh didapati dengan begitu senang.

5)Membantu institusi lain untuk menjana pendapatan (transaksi)

Kemunculan pihak-pihak ketiga didalam e-dagang seperti syarikat-syarikat kewangan iPay88, Paypal dan sebagainya, membantu mereka menjana pendapatan dengan memberikan khidmat transaksi terbaik kepada pelanggan.

6)Cepat dan mudah

Membolehkan penjual menjual barangan mereka serta merta dengan menembusi pasaran global secara cepat dan mudah. Hal ini kerana produk yang dipaparkan di internet adalah 24jam sehari dan 7 hari seminggu tanpa sekatan.

7)Mengurangkan kos

Kos pembelian dapat diminimumkan. Pembeli boleh terus membeli daripada penjual atau pengeluar tanpa perlu membayar kos komisen kepada agen. Pembeli juga tidak perlu bersusah payah menghabiskan duit minyak untuk mendapatkan barangan tersebut.

8)Keuntungan yang optimum

Pasaran yang lebih luas iaitu melebihi 60 juta boleh menghapuskan golongan pertengahan dalam dunia perniagaan seperti agen dan sebagainya.

9)Modal yang rendah

Tidak memerlukan modal perniagaan yang tinggi seperti peniagaan offline, apa yang penting adalah idea, sebuah laman web dan internet. Modal yang diperlukan juga adalah rendah.

10)Waktu bekerja yang flaksibel

Jika sudah bekerja, tetapi inginkan pendapatan sampingan, maka perniagaan e-dagang adalah cara yang terbaik. Ini kerana, melalui perniagaan secara online peniaga tidak memerlukan 8jam sehari dan 5hari seminggu untuk ke tempat kerja. Tambahan, ia boleh dilakukan pada bila-bila masa yang di sukai dan selesa.

11)Bekerja dimana-mana

Dimana ada laptop, disitulahlah ruang pejabat. Tidak kira sama ada di rumah atau di tempat-tempat awam seperti di dataran, restoran makanan dan sebagainya, asalkan selesa untuk melakukan kerja, segalanya boleh dilakukan. Secara tidak langsung dapat menjimatkan masa selama 2jam setiap hari, iaitu masa yang diambil untuk ketempat kerja. Malahan,sekiranya bekerja di rumah, penggunaan minyak kereta juga dapat dijimatkan.

12)Perniagaan Automatik

Anda tidak perlu sentiasa ada di depan laptop kerana perniagaan internet boleh di automasikan.

13)Menceburi lebih dari satu perniagaan

Memandangkan modal untuk memulakan perniagaan di internet jauh lebih murah berbanding berniaga secara offline maka, ini membuka peluang yang lebih kepada usahawan untuk mempelbagaikan perniagaan lebih dari satu jenis

0 comments: